Nuffnang ads

Monday 27 August 2012

Spend and Win at Menara Kuala Lumpur


Sempena kedatangan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-55 pada 31 Ogos 2012 yang akan datang, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd telah mengambil inisiatif ini untuk meraikannya bersama para pengunjung Menara Kuala Lumpur dengan mengadakan “Merdeka Aildilfitri Belanja dan Menang @ Menara Kuala Lumpur”.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur dengan membeli mana-mana tiket ke Pelantar Pemandangan (Tower Head 01) Menara Kuala Lumpur mulai 1 hingga 31 Ogos 2012.

Para peserta berpeluang memenangi hadiah utama yang merupakan hamper gergasi setinggi 7 kaki sebagai simbol Menara Kuala Lumpur iaitu menara telekomunikasi ke-7 tertinggi di dunia dan 10 hadiah saguhati yang merupakan hamper bernilai RM100 setiap satu.

Jadi, jangan ketinggalan untuk bersama-sama keluarga ke Menara Kuala Lumpur, pastikan anda berkunjung ke  Menara Kuala Lumpur pada musim perayaan ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03–20721219 atau 03-20205444 atau layari laman web www.menarakl.com.my atau Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl.

Bagi pihak Menara Kuala Lumpur

Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad



warna-warni saedah

No comments: